Alhamdulillah. Anak-anak yang mengambil peperiksaan UPSR pasti rasa lapang dan gembira kerana baru sahaja selesai menjalankan peperiksaan UPSR pada minggu lepas. Semua guru dan ibubapa mendoakan anak-anak semua akan mendapat kejayaan nanti. Apa yang telah berlalu, tidak akan dapat diulang kembali. Tetapi usaha belum lagi tamat. Sentiasa panjatkan doa dan tidak lalai untuk meneruskan langkah menuju ke hadapan.
Kepada semua pengguna BR HOM PLUS, kami berharap anda semua kan berjaya.
Jangan lupa, masa yang ada jangan di sia-siakan. Isikan dengan perkara berfaedah. Bantu ibu bapa di rumah. Ulangkaji untuk menajamkan otak. Tak salah juga mula berjinak-jinak dengan buku-buku sekolah menengah. Masa anda sangat panjang. Semoga tidak dibazirkan ke jalan yang salah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan