Assalamualaikum Semua!
Kami selalu diajukan soalan-soalan seperti di atas. Ada yang menelefon semata-mata ingin bertanya tentang perkara tersebut. Di sini kami cuba jelaskan secara lebih terperinci.
Bilakah kita boleh melihat hasil daripada mengamalkan BR HOM PLUS?
Setiap manusia mempunya kadar pemprosesan yang berbeza kerana masalah di dalam badan kita adalah unik. Badan manusia terdiri daripada berjuta-juta sel yang berhubung dengan bermacam-macam saraf.
Sebagai contoh:
Seseorang boleh hilang ingatan bila ditimpa kemalangan yang mencederakan otak kerana sel yang menghubungkan saraf di dalam otak telah putus atau rosak. Kita mungkin biasa dengar ulasan doktor :
"Pesakit boleh baik tetapi memakan masa yang lama."
Ini kerana proses penyembuhan saraf mengambil masa yang lama. Ia memerlukan pemakanan yang baik. Namun mampukah kita menapis semua makanan yang kita makan dengan tepat untuk kadar yang diperlukan oleh badan kita?
BR HOM PLUS dibuat untuk membantu badan kita mempercepatkan proses membina saraf baru dan memperbaiki saraf yang rosak. Kebanyakan pengguna kami pada awalnya menghadapi masalah migrain. Selepas beberapa bulan mereka mengamalkan produk ini, mereka memberitahu bahawa mereka tidak lagi diserang migrain. Ada juga beberapa orang yang rabun, kebanyakan mereka sudah dapat mengurangkan "power" cermin mata mereka, malah ada yang tidak lagi menggunakan cermin mata!
Kami juga biasa mendapat situasi seperti di bawah :
Situasi A :
Puan W : Selepas dua hari sahaja anak saya sudah menunjukkan perubahan, Biasanya dia sangat susah bangun pagi. Walau dah masuk ke dalam bilik mandi, masih melayan mata yang ngantuk. Tetapi selepas 2 hari, dia mengejutkan saya dengan berkata : "Mak dah siap buat sarapan belum. Adik dah siap nak pergi sekolah."
Bila kami selidik, puan W telah mengamalkan pemakanan spirulina untuk anak-anaknya. Ia amat mebantu dalam mempercepatkan proses kerana badan anaknya telah lama dibekalkan dengan bahan yang baik!
Situasi B :
Puan Y : Hampir 3 bulan saya tunggu kesan atas anak saya, baru saya dapat lihat. Dia kini mudah bangun pagi, dan tidak mudah letih macam dulu. Banyak lagi perubahan lain seperti dia tidak hiperaktif macam dulu lagi, suka belajar, dan lebih matang.
Apa yang kami tahu, Puan Y hanya bergantung kepada BR HOM PLUS sebagai makanan tambahan kepada anaknya di samping makanan harian dan snek lain. Jadi, ia memang normal bagi kanak-kanak.
Kesimpulannya, tempoh masa pemulihan kita tidak sama. Ada yang 3 hari, 2 bulan, 6 bulan, 10 bulan, malah ada juga yang lebih dari 1 tahun!
Semuanya berbeza-beza. Ini disebabkan, masalah yang badan kita ada adalah berbeza dan begitu juga dengan amalan pemakanan harian. Jadi kami tidak dapat memberikan waktu yang tepat bila anda boleh mendapatkan kesannya.
Sampai bila kena makan?
Seperti yang telah diterangkan di atas, badan kita sentiasa melalui proses memperbaiki saraf dan sel. Jadi, sebenarnya, ia terpulang kepada kita, mahu meneruskannya atau tidak. Ia tidak mendatangkan kesan buruk jika berhenti mengamalkan BR HOM PLUS. Tetapi BR HOM PLUS boleh memberi banyak manfaat kepada kita jika terus mengamalkannya!
Apa yang penting ialah, makan mengikut cara yang ditetapkan.
BR HOM PLUS? Cuba dulu, baru tahu!
Al-Baqarah:57
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.(Al-Baqarah:168)
" Kita berasal dari tanah dan air yang mengandungi garam mineral. Ada masanya badan kita kekurangan sesuatu garam dan mengakibatkan mudah mendapat penyakit. Sekiranya kita mengambil garam tersebut semula, keseimbangan tercapai dan kita akan pulih daripada penyakit. "
"We are originated from various natures elements and minerals. Sometimes, minerals from our body decrease and make us infected some diseases. If we can replace the missing parts of the minerals, our body will get the balance and we are back to our best body condition. "
Dr. Siti Puzlinda Salamat, Pengguna & Wakil jualan BR HOM +PLUS.(Klinik Rawatan & Perundingan, di Klang, Selangor)
Halaman
Selasa, 5 Oktober 2010
Bila nak dapat kesan? Berapa lama kena makan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan