Al-Baqarah:57

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.(Al-Baqarah:168)

" Kita berasal dari tanah dan air yang mengandungi garam mineral. Ada masanya badan kita kekurangan sesuatu garam dan mengakibatkan mudah mendapat penyakit. Sekiranya kita mengambil garam tersebut semula, keseimbangan tercapai dan kita akan pulih daripada penyakit. "

"We are originated from various natures elements and minerals. Sometimes, minerals from our body decrease and make us infected some diseases. If we can replace the missing parts of the minerals, our body will get the balance and we are back to our best body condition. "

Dr. Siti Puzlinda Salamat, Pengguna & Wakil jualan BR HOM +PLUS.(Klinik Rawatan & Perundingan, di Klang, Selangor)
create your own banner at mybannermaker.com!

KLIK GAMBAR UNTUK CETAKAN

Jumaat, 18 Februari 2011

Anak Pelat ?

PELAT. Atau kesukaran menyebut beberapa huruf atau perkataan. Kebanyakan kanak-kanak pelat pada huruf-huruf seperti :

R : menjadi agh ( lari : laghi )
K : menjadi Te (kakak : tatak )
NG : menjadi n ( wayang : wayan )

Dan, pelbagai corak pelat yang ada.

Ramai ibu bapa yang diluar sana mengalami masalah anak pelat. Ia pasti merisaukan kita kerana takut ia akan berterusan hingga mereka dewasa. Kita pasti tidak mahu anak kita menjadi bahan ketawa. Jadi sebenarnya, beberapa persoalan akan muncul dengan masalah ini. Antaranya :

  • Macam mana anak saya boleh pelat ?
  • Boleh hilang ke pelat dia ?
  • Atau dia ada masalah lain ?
  • Lidah dia pendek ke ?
  • Keturunan ke ?
Ada juga ibu bapa yang pandang ringan tentang perkara ini. "Alahai.... dah besar nanti, hilanglah pelat dia."

Sebenarnya, ada beberapa sebab yang menjadikan kanak-kanak pelat.

  • Masalah pendengaran
  • Masalah pada lidah
  • Masalah kekeliruan
  • Masalah pada saraf
Jika mereka pelat pada sebutan R, itu adalah agak biasa ditemui. Kebanyakannya juga kekal hingga dewasa.

Bagi sebutan K, ia biasanya akan pulih tetapi kita harus sabar menanti sehinga 5 hinga 10 tahun.

Tetapi, jika anak sangat sukar mengulangi kebanyakan perkataan yang dia dengar, anda perlulah membawa anak anda membuat pemeriksaan pendengaran. Ia akan memastikan samada anak anda mempunyai masalah gegendang telinga atau lain lain dalam erti kata lain kemungkinan TULI. Jika kita mendapat tahu lebih awal, pakar mungkin boleh memberikan rawatan atau pun membekalkan alat pendengaran. Anda tidak perlu malu atau takut dalam perkara ini kerana ia akan banyak membantu anak anda.

Ada juga pelat yang berpunca dari ukuran kepanjangan lidah. Mungkin golongan ini mengalami kesukaran menyebut D atau S. Dalam hal ini, komunikasi bukanlah masalah bagi mereka, cuma ada sesetengah huruf tidak dapat berbunyi dengan betul.

Masalah kekeliruan ini bermaksud, mereka tidak pasti dengan sebutan yang betul kerana keliru dengan sebutan ahli keluarga. Ada sesetengah ibu bapa suka mengajuk sebutan pelat anak mereka. Sebenarnya, anak kita tahu sebutan sebenar dan kita boleh saja berbual dengan dia seperti berbual dengan orang dewasa walaupun  anak itu baru berusia 1 tahun. Bila dia mendengar ibu bapanya menyebut perkataan dengan bunyi yang pelik, dia mungkin akan fikir, 'oh sebutan yang itu (pelat) betul'. Jadi, tidak perlulah kita cuba mengikut cara sebutan mereka yang salah, sebaliknya, selalu menekankan bunyi yang betul kepada mereka.

Bagi masalah saraf, ia sebenarnya boleh menyebabkan kanak-kanak itu susah untuk membentuk lidah untuk menyebut sesuatu huruf atau perkataan. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana masalah saraf ini kadangkala bukan pada satu perkara sahaja.

Perkara terbaik ialah, berjumpa pakar pada awal usia supaya tidak terlambat bila anak anda menghadapi masalah.

PETUA ORANG TUA :

Kalau ada anak pelat, ambil daun nenas lidah buaya, gosok pada lidah anak di pagi hari sambil berselawat.
(saya tidak pasti tentang ini, tetapi saya ada diberitahu oleh orang tua-tua di kampung.)

PENGALAMAN BR HOM

Kami pernah didatangi oleh seorang pengguna yang mengadu masalah anaknya yang belum boleh menyebut satu perkataan dengan jelas walaupun berusia 5 tahun. Malah, anaknya masih belum boleh memanggilnya emak pada usia itu. Ibu mana yang tidak risau, kan? Mereka mencuba BR HOM PLUS kepada anak mereka selama hampir satu tahun (lebih kurang 9 bulan). Selepas tempoh itu, mereka datang dan mebawa anak mereka bertemu kami. Apa yang memeranjatkan kami ialah, anaknya itu telah memberi ucapan salam dengan jelas kepada kami. Dia juga sudah petah berkata-kata. Syukurlah.

Kami tidak menjajikan pemulihan kepada masalah serupa, cuma kami ingin berkongsi pengalaman pengguna kami menggunakan produk kami.

BR HOM PLUS? Cuba dulu, baru tahu!

Tiada ulasan: